Wednesday, 25 May 2011
Kursus Bahasa Inggeris.....
Sangat tak sabar nak join Kursus Bahasa Inggeris yg ditawarkan ... Pada mulanya, saya just ignore, sebab mcm2 halangan dlm kepala ni utk tidak dpt hadir ke hari tersebut... tapi tak sangka, ada peluang kali ke 2... dan kali nie, saya tak lepaskan peluang... MESTI join!!..... tak sabar.. Ya Allah, moga2 dipermudahkan segala yg dirancang.... amin...
Tuesday, 10 May 2011
Haryati vs Haryaty...
hehee.. boleh lak hari nie aku terdengar lagu lama, keroncong bertajuk, HARYATI vs HARYATY... teringat la dulu2, mak ada story, nama aku sempena nama tajuk lagu nie... ayah aku suka sgt lagu keroncong... maklumlah, org lama... korang pernah tak dgr lagu nie? jom, dgr, dan hayati ... hehehee........
Saturday, 7 May 2011
Pengorbanan Ibu Tidak Terhingga....
Di FaceBook, aku masuk group Kumpulan Ibu Menyusu.... ada rakan share kan 1 story.... sedih.... aku share kan kt sini, utk tatapan rakan2 di luar sana.... dan utk dijadikan panduan aku dan anak2 di masa akan dtg.. kot2, facebook dah takde lagi... Jom, baca.... hayati la...
Susu Terakhir Buat Si Kecil
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang

Subscribe to:
Posts (Atom)